Assalammualaikum semua..huhu...hari ini topik yang akan saya utarakan adalah "GEMBIRA"...
Gembira adalah perasaan yang paling semua orang sukai...Dalam hidup kita ini,mesti akan kesedihan dan kesusahan yang membuatkan kita takut untuk menghadapi perkara buruk itu.Tapi,tahukah anda bahawa orang yang takut berhadapan dengan kegagalan,kesusahan ataupun kesedihan adalah orang yang tidak matang.Saya pun pernah ada waktu menjadi seorang yang tidak matang sehingga membuatkan ada segelintir menjadi sedih.Kita ini hanyalah manusia dan pastinya kesedihan itu pasti ada.Jadi,kenapa kita harus kalah dengan takdir yang sudah ditetapkan kepada kita?Kenapa kita harus berada runsing dengan kegagalan yag kita hadapi?Sejujurnya,dalam hati saya ini banyak sungguh kesedihan dan kegagalan yang harus ditempuhi.Tapi,nak buat macam manakan?Ini lumrah hidup yang terpaksa saya hadapi.Bersabar adalah satu jalan yang terbaik.Kita sebagai umat islam seharusnya mempunyai mind set yang Allah S.W.T. itu sentiasa ada untuk kita.DIA tidak akan membiarkan hamba-NYA menjalani takdir yang membatasi kemampuan kita.Saya pernah gagal dan ketika menulis dalam blog ini saya sedang menghadapi kegagalan yang ^$@!!*&%#@.Saya berkata dalam hati "Allah S.W.T. pasti ada aturan yang terbaik untuk diri ini.Kenalah terima.Sedih sebab tiada teman yang boleh dibawa berkongsi perasaan tetapi Allah S.W.T. itu ada untuk diri ini.Ya.DIA ada.Pandanglah ke langit dan luahkan segala isi hati kita kepada-NYA.DIA pasti mendengar.Mahu yang lebih dekat,solatlah.Solatlah.Hanya dengan solat dapat buatkan kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. dan insyallah dapat menghadapi rintangan dengan sabar dan tenang.
MESTI GEMBIRA!!
diusahakan
FORMULA BINTANG
at
Wednesday, December 04, 2013
NAK BELI AKUARIUM!!!
Salam diberikan dengan penuh perasaan excited and happy...
Tengok tajuk pun dah tahu.Sekarang ni,saya tengah berangan-angan nak memiliki sebuah tank yang besar daripada yang sedia ada...Dalam hati,bilalah boleh memiliki akuarium sendiri???Ya Allah,makbulkan hajat hamba-Mu nie yang sudah kemaruk nak bela ikan..Awat?Betta sekarang tak cukup lagikah??Bukan2...ikan laga aka betta saya masih berenang dengan happynyerr dekat rumah nie..maklumlah baru je cuci balang mereka petang tadi...Malah,saya sanggup habiskan duit demi beli berbotol-botol air mineral supaya mereka dapat hidup dengan happy...baru beberapa minit tadi tengok,semuanya berenang dengan lajunya...cantik ekor mereka..Yang sedihnyerrr,abang sulung mereka iaitu First telah menghidap penyakit sembelit..Aduh!Kesian pulak betta yang seorang nie...makan mau...berak tak mau pulak..kembung perut tuh tadi..Semoga Red cepat sembuh naaa...
Okey,berbalik kepada hajat asal..nak beli akuarium..agak2nya membazir duit tak???Tapi,teringin sangat nak beli..dah berhasrat nak bagi adik-beradik dekat betta2 saya nie...dengan spesis yang lain...ingat nak bela spesis nemo pulak..Fuh!Cantik warnanya..tadi cari punya cari maklumat,sebenarnya bela ikan nie banyak yang perlu kita titik beratkan..Bukan hanya kerana kita minat saja..Kita seharusnya ada pengetahuan dalam hal2 marin nie...So,saya buat keputusan nak belajar dulu bab2 ikan nie..lepas tuh cari bajet..nak bela ikan..betta2 nie jugak ingat nak beli rumah dan hiasan yang baru untuk diorang..boring kalau tinggal lama2 dalam balang tuh..maaaf le Red,King,Diamond,First,White,and Daddy sebab terpaksa duduk dalam balang yang kecik sikit saiznyerr..nanty kita tukaq rumah baru naa...tunggu sat ja...
Ikan gapi pulak sekarang tinggal 4 ekor je lagi...seekor dah innalillah dah tiga hari lepas...yang seekor nie nampak macam perut bunting je..nak beranak le tuh..so nampaknya kena sediakan balang yang baru khas untuk dibuatkan hospital bersalin..hehehe...
Dalam banyak2 artikel yang saya baca tentang akuarium nie,saya paling tertarik pasal protein skimmer yang mana sangat2 diperlukan untuk manusia-manusia yang membela ikan hiasan nie...Dia mahal sikit tapi bagus untuk orang yang mempunyai kasih sayang kepada ikan hiasan nie..Saya kena carik bajet lagi..saya ingat tak mahu menyusahkan ayah dengan mama untuk beli akuarium nie..ingat nak beli duit sendiri..barulah ada feel nak jaga ikan2 tuh..tapi betta yang bernama Daddy tetap menjadi betta kesayangan saya kerana ayah tersayang yang beli walaupun harganya hanya RM5 berbanding dengan King yang berharga RM15...ingat nak beli betta yang mahal lagi..hmm..tapi,kesian kalau ikan cantik2 tapi hidup kurang elok dekat rumah nie..balang hanya saiz berapa je..kalau ada akuarium besar...bolehlah bagi dia berkawan dengan ikan Nemo??Agak2 boleh tak betta berkawan dengan Nemo??Hmm..kena carik maklumat lagi nie..Okeylah,sampai disini saja tulisan untuk kali nie..
P/S : Sorry sebab tak postkan gambar Betta2...sebab First sekarang tengah sembelit..tunggu First sihat dulu...baru boleh share gambar happy 6 ekor Betta nie..n 4 ekor gapi..huhu..ngeee...ngeee..Saranghaeyo Betta and Guppy...
![]() |
| Harap2 dapatlah memiliki akuarium yang macam nie..- GAMBAR SEKADAR HIASAN |
diusahakan
FORMULA BINTANG
at
Monday, November 04, 2013
FANS OF BETTA AND GUPPY
Assalammualaikum diberikan dengan rasa malu dan terharu..Dengan izin daripada Allah S.W.T.,dapat jugak bukak blog nie...rasanya dah bersawang teruk dah..sorry ye..
Hari nie,saya akan ceritakan sikit tentang hobi kegemaran saya.Menurut kata orang,hobi nie hanya untuk orang lelaki je..Hobi yang dimaksudkan adalah membela betta atau nama melayunya ikan laga dan juga ikan gapi.
Kini,saya sudah ada 6 ekor ikan laga.Nama-nama mereka adalah King,Diamond,Red,White,Daddy dan First.Tapi,yang paling special tentulah Daddy.Sebabnya,ayah tersayang yang belikan ikan itu untuk diri ini.Bertuah punya badan.Enam ekor betta nie umpama kepuasan dan kegembiraan yang tidak ternilai harganya.Entahlah,perasaan sayang itu ada pada semua betta nie.Kadang-kadang,kalau layari internet dan ternampak betta yang cantik.Perghhh!Memang terasa nak beli.Masalahnya,harga gila punya tinggi.So,disebabkan tak cukup bajet,saya pun trylah buat projek pembiakan ikan laga dekat rumah nie.Heheh..saya mencuba betta jantan iaitu Diamond dengan betta betina iaitu White.Malangnya,tak berjaya.Diamond telah tercedera di siripnya.Apa lagi,cepat-cepat la saya merawatnya dengan garam biru dan general aid.Tadi saya tengok,sirip tuh dah tercantum sikit.Harap-harap cepat sembuh ye,Diamond.Mu ganas sangat bilo jumpa White.Hehe..tahulah White tuh cantik.Al-Maklumlah berkulit putih oren.Mesti mau punya.Huhu...
Kedua,ikan gapi juga turut menjadi minat.Tapi,saya frust.Sebabnya,ikan gapi cepat sangat mampus.Tension nak bela.Sekarang,hanya tingga 5 ekor.Semoga ikan-ikan gapi nie panjang umur.Lepas saya buat research dekat internet,baru saya tahu punca kenapa 39 ekor ikan gapi saya mampus sampai tinggal 5 ekor...Sebab cara saya tukar air tak betul.Mana la saya tahu hanya kena punya separuh daripada air lama.Saya hentam tukar terus semua air tuh.Mau tak mampus ikan gapi nie..Ikan gapi nie sensitif sikit dekat persekitaran.Sorry ye gapi.Saya tak cukup pengalaman.Sekarang,saya akan pastikan 5 ekor hidup bahagia dan selamat.
P/S : Di entry seterusnya,saya akan postkan baby-baby betta dan gapi saya ye...Wait for King,Diamond,White,Red,Daddy,First dan 5 ekor ikan gapi yang mampu hidup walaupun sudah banyak persekitaran mereka berubah...:))
![]() |
| Ikan laga (Betta) - Sekadar gambar hiasan |
![]() |
| Ikan gapi - Sekadar gambar hiasan |
diusahakan
FORMULA BINTANG
at
Thursday, October 31, 2013











