Assalammualaikum diberikan dengan rasa malu dan terharu..Dengan izin daripada Allah S.W.T.,dapat jugak bukak blog nie...rasanya dah bersawang teruk dah..sorry ye..
Hari nie,saya akan ceritakan sikit tentang hobi kegemaran saya.Menurut kata orang,hobi nie hanya untuk orang lelaki je..Hobi yang dimaksudkan adalah membela betta atau nama melayunya ikan laga dan juga ikan gapi.
Kini,saya sudah ada 6 ekor ikan laga.Nama-nama mereka adalah King,Diamond,Red,White,Daddy dan First.Tapi,yang paling special tentulah Daddy.Sebabnya,ayah tersayang yang belikan ikan itu untuk diri ini.Bertuah punya badan.Enam ekor betta nie umpama kepuasan dan kegembiraan yang tidak ternilai harganya.Entahlah,perasaan sayang itu ada pada semua betta nie.Kadang-kadang,kalau layari internet dan ternampak betta yang cantik.Perghhh!Memang terasa nak beli.Masalahnya,harga gila punya tinggi.So,disebabkan tak cukup bajet,saya pun trylah buat projek pembiakan ikan laga dekat rumah nie.Heheh..saya mencuba betta jantan iaitu Diamond dengan betta betina iaitu White.Malangnya,tak berjaya.Diamond telah tercedera di siripnya.Apa lagi,cepat-cepat la saya merawatnya dengan garam biru dan general aid.Tadi saya tengok,sirip tuh dah tercantum sikit.Harap-harap cepat sembuh ye,Diamond.Mu ganas sangat bilo jumpa White.Hehe..tahulah White tuh cantik.Al-Maklumlah berkulit putih oren.Mesti mau punya.Huhu...
Kedua,ikan gapi juga turut menjadi minat.Tapi,saya frust.Sebabnya,ikan gapi cepat sangat mampus.Tension nak bela.Sekarang,hanya tingga 5 ekor.Semoga ikan-ikan gapi nie panjang umur.Lepas saya buat research dekat internet,baru saya tahu punca kenapa 39 ekor ikan gapi saya mampus sampai tinggal 5 ekor...Sebab cara saya tukar air tak betul.Mana la saya tahu hanya kena punya separuh daripada air lama.Saya hentam tukar terus semua air tuh.Mau tak mampus ikan gapi nie..Ikan gapi nie sensitif sikit dekat persekitaran.Sorry ye gapi.Saya tak cukup pengalaman.Sekarang,saya akan pastikan 5 ekor hidup bahagia dan selamat.
P/S : Di entry seterusnya,saya akan postkan baby-baby betta dan gapi saya ye...Wait for King,Diamond,White,Red,Daddy,First dan 5 ekor ikan gapi yang mampu hidup walaupun sudah banyak persekitaran mereka berubah...:))
 |
| Ikan laga (Betta) - Sekadar gambar hiasan |
 |
| Ikan gapi - Sekadar gambar hiasan |