-->
« PYZAM.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
skip to main | skip to sidebar

♔FORMULA BINTANG ♔

( Love Betta,Love T-ara,Love Natural,Love Writing,Love Anime)

Daisypath Happy Birthday tickers

AYAH DAN MAMA

Assalamualaikum semua..

Hari ini topik yang saya ingin tulis ialah pasal ayah dan mama kesayangan saya.Hidup saya tak lengkap tanpa diorang.Hidup saya kosong tanpa diorang.Kalau diorang sakit atau cedera,saya orang yang paling merasakan kesedihannya.Mama saya sedang mengalami sakit kronik tetapi alhamdullilah.Berkat pertolongan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.,mama saya telah kembali pulih.Namun,masih lagi meneruskan rawatan.Okey,saya akan ceritakan tentang ayah dan mama.Anak tunggal macam saya ini memang sangat memerlukan mereka.

Sayangilah kedua ibu bapa anda...:))
Ayah?Orangnya tinggi dan kurus.Hehehe...orangnya sangat baik dan saya tak pernah lagi jumpa ayah orang lain sepertinya.Dia sangat mengambil berat tentang saya.Pernah ketika sekolah rendah dulu,setiap hari ayah akan tunggu saya ketika waktu rehat.Dia ingin tengok sama ada saya makan ataupun tidak.Ayah memang terbaiklah.Saya banyak melukakan hati ayah tanpa saya sedari.Maafkan saya,ayah kerana buatkan ayah sentiasa risau dengan anak yang seorang ini.Percayalah,ayah adalah orang yang paling adik sayang.Tanpa ayah,tiada orang yang akan melindungi adik lagi dalam dunia ini.Ayah sentiasa ada ketika aku memerlukan pertolongan.Ayah selalu back-up aku ketika aku kena marah dengan mama.Hehehe..aku memang nakal jugak.
Mama?Orangnya sangat tegas tetapi sangat penyayang.Mama jarang tidak memenuhi permintaan aku.Terima kasih mama.Aku pernah buat mama sedih gila ketika aku kecil dulu.Aku curi duit mama sehingga mama mengeluarkan ayat 'mama sedih dengan adik'.Serius tersentap terus.Selepas kejadian itu,aku terus bertaubat.Aku tak mahu mama ataupun ayah sedih kerana aku.Tahun lepas,mama telah menghidap penyakit yang digeruni oleh kaum wanita namun mama sangat tabah.Walaupun sakit tetapi tetap bertahan.Aku mahu mama tahu yang aku lebih sakit dan sedih melihat keadaan mama.Bagi aku,jika ayah dan mama sakit,aku pun turut sakit macam mereka.
Maafkan adik ya,mama..maafkan adik ya,ayah.Ayah dan mama adalah ibu bapa terbaik dalam dunia ini.Insyallah,kita akan dapat bersama di syurga nanti.Kita akan dapat bertemu dengan Allah S.W.T. yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...:))

diusahakan FORMULA BINTANG at Saturday, December 22, 2012    

Labels: DIARI

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

CUTEEEE!!!


HAPPY HAPPY


TIK TOK TIK

APAKAH BENTUK PENULISAN YANG DIGEMARI ANDA?

BERAPAKAH BINTANG UNTUK BLOG INI?

GO GO GO

YANG TERHANGAT

KARYA TERHANGAT

  • ► 2013 (3)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (1)
  • ▼ 2012 (6)
    • ▼ December (5)
      • eCERPEN : MINAH TOMBOI VS APEK CINA
      • KAWAN TERBAEK
      • PONTENG PUASA
      • AYAH DAN MAMA
      • NOVEL KEGEMARAN PEMBACA
    • ► November (1)
FORMULA BINTANG. Powered by Blogger.
 

Domo-kun Mad



[close]