-->
« PYZAM.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
skip to main | skip to sidebar

♔FORMULA BINTANG ♔

( Love Betta,Love T-ara,Love Natural,Love Writing,Love Anime)

Daisypath Happy Birthday tickers

eCERPEN : MINAH TOMBOI VS APEK CINA

P/S : Maaf la kalau tak menarik...:))


“Hoi!Mata letak kat mana ha?Aku yang sebegini tembam pun kau tak nampak ka?” Tempelak Wani kepada apek cina dihadapannya sekarang.Skuter kesayangannya telah dilanggar oleh sebuah kereta Wira warna hitam.Seorang pemuda cina keluar daripada kereta itu.
 
“Kenapa langgar-langgar ni?Buta ke?Ada mata empat pun masih tak nampak lagi?” Marah Wani lagi.Apa lagi,panas hatilah apek yang seorang ni.

“Nama saja melayu.Tak ada budi bahasa langsung.Nama gua Tan Ah Long.Ni nama sapa ha?” 

“Ah Long?Eloklah,muka pun dah macam along.Ni mesti samseng jalanan.Hish!Nama saya Nurul Syazwani atau dikenali dengan nama Wani Comel.” Perkenal Wani dengan bangga sekali.Comel gelagat sehingga geli hati Ah Long mendengarnya.

“Apa?Telinga gua pekak sikit.Wani Comel?Kat mana yang comelnya tuh?Badan ka?Hmmm…badan memang comel dah.Macam gajah.Orang putih kata elephant.” Sindir Ah Long dan kemudiannya ketawa sehingga air liur semua tersembur dekat muka Wani.Apek cina ni memang nak cari pasal dengan Wani Comel ka?Wani mengetap bibirnya menahan marah.

“Woi!Main kasar nampak!Badan gua ni memanglah tembam.Itu yang menampakkan kecomelan aku.Semua orang kata aku comel dekat Kuala Lumpur ni.Tapi,untuk pengetahuan awak,berat badan saya masih lagi normal tau.” Wani tak mahu mengalah.Ah Long hanya terpacak melihat gadis itu.

“Memang gadis ni comel.Aku terpaksa mengaku.Pipi bulat.Mata bulat.Mulut pun nampak bulat.Pendek kata semuanya bulatlah.Kenapa hati aku pun bulat ni?” Gomel hati Ah Long seorang diri.Pipinya sudah naik merah ketika ini.

“Ni kenapa pulak diam?Cakaplah.Nak lawan Wani Comel sangatkan?” Tanya Wani dengan nada yang tinggi.Gadis tomboi macam dia memanglah sangat terkenal.Banyak gosip mengatakan yang dia seorang lesbian tetapi itu tidak benar.Sebabnya,hatinya sedang mengalami gegaran terhadap pemuda cina ini.
Mata Wani dan Ah Long bertemu.Hati mereka berdegup kencang sekali.Entah mengapa,lidah mereka kelu untuk bercakap.

“Pon!” Sebuah kereta membunyikan hon.Tersentap terus kedua-dua insan ni.Tu lah,usya panas sangat.
“Nah sepuluh ringgit ni.” Ah Long memberi duit itu kepada Wani.Dengan sepantas kilat,dia menghilang daripada pandangan mata gadis itu.Ah Long takut hatinya semakin tertawan dengan gadis melayu itu.
“Wani comel?” Ah Long tersenyum sendiri ketika memandu kereta.

“Sepuluh ringgit?Hoi!Kau ingat aku mak ayam ke?Sepuluh ringgit kau bagi!” Marah Wani seorang diri.Dia terdiam sebentar.

“Ah Long?” Giliran Wani untuk tersenyum seorang diri.Pelik tapi benar?Wani Comel boleh jatuh cinta dengan lelaki.Dengan apek cina pulak tuh.Haishh!Parah ni!Wani O Wani.

Selepas tiga bulan…

Ah Long menghadiri kenduri kawan baiknya,Farhan.Segak dia berbaju melayu berwarna biru muda.Silap hari bulan ada orang kata dia pengantin lelaki.

“Ah Long,bila giliran kau pulak nak kahwin?” Tanya Farhan dengan gembira.

“Aku nak kahwin?Tunggu tahun depan pun belum tentu aku kahwin.Aku tak teringin nak kahwinlah.Aku nak fokus kepada kerjaya dulu.” Beritahu Ah Long jujur.

“Bagus.Lelaki memang patut tumpukan perhatian kepada kerjaya.Maju kerjaya maka teballah duit kau nanti.Boleh dapat perempuan yang kualitikan?” Gurau Farhan lagi.Ah Long tersengeh.

“Entahlah.Sejak aku jumpa seorang minah ni,hati aku bergelora.Asyik terkenangkan dia saja.Dan sejak aku bertemu dengan dia,aku teringin nak mendalami islam.Tengoklah,aku dah beragama islam sekarang.” Kata Ah Long.

“Dahsyat sungguhkan perempuan tuh?Boleh buat kau masuk islam.Aku rasa,itulah jodoh daripada Allah S.W.T.. Kau jangan lupa doa untuk dipertemukan semula dengan dia.Insyallah,dia jodoh untuk kau.” Nasihat Farhan.

“Bang,kawan baik sayang dah sampai dari Kuala Lumpur.” Beritahu Jamilah iaitu isteri kepada Farhan. 

“Mana?” Tanya Farhan pula.Terbeliak mata Ah Long ketika ini.

Seorang gadis yang berbaju kurung dan memakai tudung arini sangat dikenali Ah Long.Menggigil badan Ah Long serta-merta.Cantik!Manis!Lawa!Ayu!Sempurna!Ternganga mulut Ah Long sehingga terkeluar air liur.Hai,tahu la itu Wani Comel.Tak perlulah nak lebih-lebih.Alamak!Hidung Ah Long berdarah.
“Kenapa dengan Ah Long,bang?” Tanya Jamilah.

“Assalamualaikum.” Sapa Wani dengan lembut.Ah Long masih lagi kaku.

“Wa..waalaikummusalam.” Gagap Ah Long.

“Ini Tan Ah Long kan?Kita pernah jumpa tiga bulan lepas.Ala,yang awak langgar skuter comel saya tuh.Awak tak kenal saya ke?Saya Wani Comel.” Kata Wani.Impiannya menjadi kenyataan apabila dipertemukan dengan apek cina yang sudah menambat hatinya.

“Ya…ya.Dulu nama saya Ah Long.Sekarang orang panggil Muhammad Syakir.Saya dah masuk islam.” Beritahu Ah Long dengan gembira.

Hubungan Ah Long dan Wani semakin rapat.Alhamdullilah,akhirnya mereka bergelar suami isteri.
“Awak tahu tak,kerana awak saya menemui islam.Saya rasa orang yang memeluk islam ni ada ‘NUR’ yang tersendiri.” Kata Ah Long.

“Awak tahu tak,kerana awak saya menjadi perempuan sejati.Saya jatuh cinta dengan awak dan berharap awak akan nampak saya sebagai perempuan yang asli.” Kata Wani pula.

“Kita memang pasangan Minah Tomboi lawan Apek cina.” Tergelak Wani dan Ah Long dengan bahagia.
Subahanallah!Sungguh besar kuasa-Mu,Ya Allah.Terima kasih,Ya Allah.

diusahakan FORMULA BINTANG at Saturday, December 29, 2012    

Labels: eCERPEN MINAH TOMBOI VS APEK CINA

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

CUTEEEE!!!


HAPPY HAPPY


TIK TOK TIK

APAKAH BENTUK PENULISAN YANG DIGEMARI ANDA?

BERAPAKAH BINTANG UNTUK BLOG INI?

GO GO GO

YANG TERHANGAT

KARYA TERHANGAT

  • ► 2013 (3)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (1)
  • ▼ 2012 (6)
    • ▼ December (5)
      • eCERPEN : MINAH TOMBOI VS APEK CINA
      • KAWAN TERBAEK
      • PONTENG PUASA
      • AYAH DAN MAMA
      • NOVEL KEGEMARAN PEMBACA
    • ► November (1)
FORMULA BINTANG. Powered by Blogger.
 

Domo-kun Mad



[close]