Assalamualaikum semua..
Aku cuma teringatkan something sekarang...Dah pagi2 macam ini pun aku tak bole tido lagi.Hurmm..aku terkenangkan sejarah lama.Kawan?Semua orang pernah ada kawan baikkan?Adakah kawan baik korang itu sangat-sangat baik ataupun sangat-sangat buruk perangainya?
Aku masih lagi study lagi dekat Uitm ini memang sangat berbaloi belajar di sini.Kenapa?Aku jumpa dengan KAWAN SEJATI.Kawan yang serahkan hatinya untuk aku.Korang tahukan yang aku tulis novel?Dua nama watak utama perempuan adalah Ain Insyiraah dan Laili.Itu nama kawan terbaik aku dekat Uitm.Aku sangat-sangat sayang dekat korang.Tanpa korang,aku tak akan mengerti yang masih ada lagi kawan yang sejati.Sejak kenangan buruk berlaku ketika aku zaman sekolah menengah dulu yang mana aku kena khianat,aku susah untuk percayai orang walaupun orang itu sangat baik dengan aku.SEE?Jangan korang mengkhinati keikhlasan yang kawan korang beri.Akibatnya,mereka akan menjadi seperti aku yang tidak pandai menilai dalam persahabatan.
Semestar lepas aku bergaduh lama dengan kawan2 aku.Semuanya kerana kenangan lama ini.Aku PALING BENCI dengar perkataan 'bodoh','korang belajar apa selama ini.Kenapa tak tahu?','Otak kau letak dekat lutut ke?'.Aku pernah dipandang rendah dahulu kerana keputusan result aku yang menampakkan aku adalah orang yang paling BODOH ketika itu.Ketika itu aku tidak matang dan agak kurang cerdik,ada seorang minah nie semasa sekolah menengah aku telah membuat fitnah terbesar dekat aku.Keputusannya,aku dibenci oleh ramai orang.Aku diejek.Di herdik.Zaman sekolah menengah aku penuh dengan air mata saja.Aku ada kawan baik ketika itu iaitu Kak Jue yang paling aku sayangi.Kak Jue adalah satu-satunya sahabat yang tidak tinggal aku walaupun aku tidak seperti mereka.Terima kasih Kak Jue kerana mempercayai aku.Sayang Kak Jue sangat-sangat.Ada kawan yang tidak langsung pun yang aku ini dalam keadaan kesedihan.
Perangai aku adalah SUKA BERAHSIA,SUKA MEMENDAM PERASAAN DAN SUKA MENDIAMKAN DIRI.Ini memang perangai aku dari kecil lagi.Aku tak suka tunjuk kesedihan aku dihadapan orang lain.Tak suka!!Aku harap korang hanya ingat muka aku yang penuh senyuman bukannya penuh air mata ataupun kemarahan.Aku bagi HINT untuk korang,kalau aku diam itu...mesti ada something wrong dekat aku ( sama ada sedih ataupun tengah berangan )
Okey,berbalik kepada sahabat aku dekat Uitm ini,aku sayang korang jugak.Maafkan aku kerana buat korang sedih last semestar terutamanya dekat Ain Insyiraah.Sebab aku asyik teringatkan kau ketika cuti semestar lepas,so aku letak kau sebagai watak utama dalam novel aku.Sorry,okey?Aku terlalu sensitif ketika itu dan masalah aku banyak sangat.Tapi,aku sayang kau lebih.Laili?Hmmm...sahabat brutal aku yang seorang ini.Aku dapat rasa kau sayang dekat aku Laili.Hehehe..( perasan pulak )...So,aku jadikan kau watak nombor 2..watak jahat tetapi akhirnya kau menjadi baik.Aku sebenarnya mahu perakhiran cerita yang tragik untuk kau tetapi aku ubah jalan cerita untuk kau,Laili.Maaf jugak sebab tak dapat sambut birthday kau tahun lepas.Aku janji tahun 2013 aku bagi hadiah dekat kau...huhu.Aku mintak maaf jugak dekat Yana.Yana baik sangat tetapi aku buat perangai semestar lepas.Aku ada juga terkilan dengan korang tetapi aku pendam je.Sebab apa yang aku pendam akan menjadi cair.Aku marah tak lama.Seminggu boleh baik kot.Aku harap kita akan menjadi rapat seperti dahulu.Sayang korang sangat2.Maaf sangat2 kalau korang terluka dengan perangai aku yang tidak matang dan tidak berfikiran tenang.
P/S : Pegang tangan aku sampai ke Jannah?? ( Ayat sapa tak tau? )
 |
| Kawan baik aku waktu sekolah menengah ( ???,kak jue,diana,umi n afifah ) |
|
 |
| Saranghae Laili n Ain Insyiraah |
 |
| ( ???,Izzati,Ain n Wani ) |
 |
| Geng2 kelas E ( ???,Laili,Yana,Izzati,Farah,Wani n Saliah ) :- MANA AIN NIE? |
0 comments:
Post a Comment