Assalamualaikum...
Novel Kegemaran saya?Ya..saya memang suka membaca novel TETAPI saya sebenarnya seorang yang cerewet dalam bab-bab membaca novel ini.Sebab,saya hanya akan terus membaca novel itu jika dia ada permulaan yang baik dan perakhiran yang baik.Jika bosan,terus saya menutup novel itu dan berhenti membaca.Kadang-kadang,saya saya tertipu.Dekat belakang yang ada sinopsis,saya rasa jalan ceritanya sangat menarik tetapi apabila baca.Hampeh!Saya juga sedang berjinak-jinak dalam menulis novel dan berharap orang yang membacanya juga turut menyukai.Saya tak tahu hendak menghantar novel saya itu ke mana.Saya menulis kerana suka-suka dan hobi saya berimaginasi.Kalau nak tahu,saya akan berimaginasi terutamanya terdengar sebuah lagu.Serius!Tak bohong.Memang itu tabiat saya sejak kecil.Idea saya akan semakin membuah-buah jika mendengar lagu.Okey,tak perlulah saya nak merempet panjang,saya akan bagi lima novel kegemaran saya.
1. Ini novel yang paling best yang pernah aku baca.Dari permulaan sehingga perakhiran cerita,semuanya sangat menarik hati.Jika kita baca novel supaya kita mengantuk dan boleh tidur lena,janganlah baca novel ini.Akibatnya,kita akan baca sehingga tak henti-henti.Menangis?Sudah tentu!Watak utama sangat berat.Bagusnya kalau novel ini dijadikan drama macam Adam dan Hawa.Saya akan pastikan Aaron Aziz dan Rita Rudaini adalah watak utamanya.Hehehe..
![]() |
2. Novel yang saya agak tak mahu baca.Kenapa?Entahlah,sebab sinopsis dekat belakang tak melekat di hati.Tapi...jeng...jeng..jeng...ceritanya sangat daebak!Suka dengan gaya tulisan Acik Lana.Semua novel tulisan Acik Lana saya suka.Rugi kalau tak baca.Memang kena baca.Lagi satu,muka penulis Acik Lana nak serupa dengan roomate aku..Hehehe..serius nak sama.Rambut dan senyuman melekat di hati..
![]() |
3. Aku tertipu!Kenapa?Novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid memang kita tak boleh jangka kesudahannya.Minda yang sangat tinggi.Tabik dengan penulis ini.novel pertama yang saya baca juga daripada penulis yang sama.Saya lebih minat genre trhiller daripada cinta.Tetapi,minda saya suka membayangkan tentang cinta.
![]() |
4. Saya beli novel ini kerana gerak hati.Saya jumpa dekat Popular Store dan hanya ada 2 buah.Tempatnya pun paling bawah.Saya beli bukan sebab drama yang ditayangkan.Saya tak tengok pun drama itu.Iklan drama pun saya tak pernah tengok. Jalan cerita yang sangat banyak cabaran tetapi memberi saya peransang untuk menulis novel dengan lebih baik. Saya menulis novel dengan semangat kerana novel ini.Saya merasakan yang saya perlu tulis novel walaupun tak tahu nak sambung cerita bagaimana..Huh?
![]() |
5. Lagi,karya daripada penulis Ramlee Awang Murshid.Sya suka dengan watak Mikhail yang merupakan pembunuh kejam.Dulu cita-cita nak jadi forensik namun tersasar ke bidang sastera.Huh?Saya suka gaya tulisan penulis ini dan seperti biasa,kita tak boleh mengagak pengunjung ceritanya.Saya tak pernah bosan membaca tulisan penulis ini.Saya juga ada hampir ke semua novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid.
7.Cinta untukmu
8.Hadirmu Takdirku
9.Angel In The Devil's Suit
10.Terbanglah Sayang
P/S : Saya meminati genre Thiller daripada cinta.Saya suka cinta yang ada cabaran daripada bentuk santai.Itu barulah dinamakan sebagai cinta.Kita hanya akan mendapat cinta selepas melalu pelbagai cabaran. Thiller sebab dia lebih mencabar.Kawan-kawan pun pelik kenapa saya suka thiller.Tetapi,saya tulis novel cinta.Tentu,korang dapat mengangak yang novel tulisan saya semestinya banyak cabaran.
SOKONGAN NOVEL TEMPATAN DAN TANAMLAH MINAT MEMBACA.TAK RUGI MEMBACA NOVEL INI.


NOVEL KEGEMARAN PEMBACA











0 comments:
Post a Comment